Saturday, April 28, 2012

Beauty or Brain?

[gambar ikhsan google]

Hi uolls! BEAUTY or BRAIN? ok aku pilin brain, sebab aku adalah antara insan yang dikategorikan sebagai biasa-biasa sahaja hewhewhew...tapi alangkah indahnya hidup kalau kita memiliki kedua-duanya sekali, ah tamaknya aku!

Kecantikan memaku pandangan ramai orang baik terhadap lelaki mahupun wanita, walaupun tika itu si cantik belum pun memulakan bicara, kita seolah-olah telah membuat rumusan awal terhadap mereka contohnya "Cantiknya dia ni, look smart!" tetapi adalah amat mengecewakan bila sudah memulakan perbualan tidak sampai 5 minit kita merasa bosan, apa tidaknya lain yang ditanyakan lain yang dijawab, topik kamu dibiarkan dengan tanda soal seolah-olah kauorang ni seorang guru yang sedang mengajar muridnya. Kauorang  merasa rimas perbualan kauorang tak related langsung! Malanglah bagi si cantik kalau dia seorang BIMBO! ditambah pula dengan attitude mereka yang agak biadap dan tidak bersopan. Maaf kalau aku katakan Malaysia mempunyai ramai artis sebegini tanyakan sahaja kepada mereka yang bekerja dalam industri hiburan sudah pasti mereka tahu siapa artis-artis itu.

Siapa tidak mahu menjadi bijak? bagi aku seseorang yang pandai di dalam pelajaran yang mendapat straight A atau CGPA 4.00 tidak boleh dikatakan bijak ini kerana bukan semua diantara mereka yang mempunyai general knowledge yang meluas, kebanyakan mereka adalah menghafal! Kebijaksanaan seseorang dapat dilihat dari cara mereka melontarkan pandangan dan memberi reaksi positif di atas setiap topik yang diutarakan terutamanya topik panas masa kini. Ah! kita terpaku pula dengan setiap idea yang diberikan, jujur aku mudah jatuh suka terhadap orang yang sebegini kerana aku mendapat banyak info daripadanya.

Tetapi guys taklah semua si cantik itu bimbo dan si bijak itu kurang menarik, ada juga yang mempunyai pakej yang lengkap! Beruntunglah bagi mereka yang mempunyai kedua-duanya! Lihat Lisa Surihani dan Neelofa mereka mempunyai kedua-duanya, sudahlah cantik, bijak lagi!

Nasihat aku pada si bimbo, dear, bawak-bawaklah rajin membaca dan mengikuti perkembangan semasa, tak rugi pun atleast berguna untuk kau masa akan datang. Si bijak jangan terus dengan imej nerd kau tu bawak-bawaklah berfashion dan bersolek sikit tapi jangan la sampai over! sakit pulak mata memandang pokok krismas berjalan di tengah orang ramai! Tak salah cantik untuk keyakinan diri sendiri kan.

Ini hanyalah pandangan aku, nak-nak aku melihat dari sudut industri hiburan kita, artis muncul macam cendawan tumbuh tapi tak semua berkualiti, ada tu cuma nak memeriahkan je, akhirnya timbul macam-macam gosip liar, gaduh di kelab malam, hentam menghentam sesama sendiri melalui laman sosial, setiap patah perkataan kauorang tu cukup menggambarkan tahap IQ dan tingkah laku kauorang. Sorry, Malaysian got a lot of choices, jangan pulak nanti melenting orang kita lagi pandang artis luar!

XOXO! Till fingers meet keyboard again!

No comments:

Post a Comment