Sunday, April 29, 2012

Facebook Addicting!


Kalau dulu terserempak dengan kawan lama, masa nak minta diri tu kauorang mesti mintak no telefon diaorang kan, tapi sekarang "eh kau ada fb tak?" "add la aku!" Lihat betapa meluasnya penggunaan rangkaian social terutama sekali facebook dalam kehidupan seharian kita. Tapi sedarkah kauorang kebanyakan dari kita dari dah tersasar dari tujuan asal facebook dicipta.

Perkara-perkara yang bisa buat annoy :

Status :

"Aku tak tahu sampai bila hidup aku begini, aku dah buat yang terbaik untuk dia, tapi dia tak pernah balas" 
5 minit lepas tu, 
"Bie cyunk ucuk sampai mati" 
Status manusia confuse barangkali, hidup bertuhankan cinta di alam maya. Soalan aku, kauorang takde handset ke?

"Hidup aku memang suwey aku tak tahu kenapa aku dilahirkan di dunia" 
Pernah tak kau terfikir 40 orang baca, memang betullah kau ni memang tak layak hidup kat dunia" Up status semata nak cakap betapa fakapnya hidup kau *clap clap clap.

"Sial punya perempuan, aku tegur tak balas,baik kau mati pompuan" "Lu kalau gua tak sesah dengan pedang gua, jangan panggil gua abang long dil"
status manusia yang 24jam emo! kebanyakan manusia yang up status lagak seorang gangster di fb, sebenarnya adalah loser di alam nyata. Keyboard warrior.

Notification :

Teruja tengok banyak notify tapi bila bukak hampa! Request game dan app tak pon golongan MLM tak sudah-sudah memancing menuju dunia khayalan. RAGEEEEEEEEEE!

Stalker :

Mami jarum alam cyber! Sanggup buat 10 account berlainan dengan tujuan nak tahu hal dalam kain orang lain, inilah manusia paling sakit sekali, hidup mati dia cuma facebook, bila kena delete dengan musuh seumpama kena sembelih kat leher. Sehari tak online aku rasa umpama mereka tak makan nasi seminggu. Aku sarankan kauorang yang ada penyakit macam ni tolongla jumpa psikiatri. Dah namanya pun musuh dah tentu dia delete kauorang kan! 

Ustaz/Ustazah Facebook :

Hari-hari share ilmu agama dan post video ceramah agama tetapi gambar kauorang kemain berpeluk sakan dengan makwe/pakwe kauorang, itu belum lagi gambar kauorang dengan mata merah dekat club.

Tak salah kauorang nak bersosial di alam maya pun tapi berpadalah jangan la sampai kauorang ni membuat orang lain kurang selesa dan rasa muak dengan setiap yang kauorang post di fb tu. Share ilmu itu adalah perkara yang baik, tapi kauorang kenalah sama-sama mengamalkan apa yang kauorang pos, barulah dakwah kauorang berkesan dihati setiap yang membaca. Golongan stalker pula, apakah kauorang tiada kerja lain 24jam dihabiskan hanya untuk menelanjangkan hidup orang lain, serius kau sakit jiwa sayang!

p/s : kauorang join Bersih 3.0 ke tadi?

X.O.X.O Till fingers dance on keyboard again!




Saturday, April 28, 2012

Beauty or Brain?

[gambar ikhsan google]

Hi uolls! BEAUTY or BRAIN? ok aku pilin brain, sebab aku adalah antara insan yang dikategorikan sebagai biasa-biasa sahaja hewhewhew...tapi alangkah indahnya hidup kalau kita memiliki kedua-duanya sekali, ah tamaknya aku!

Kecantikan memaku pandangan ramai orang baik terhadap lelaki mahupun wanita, walaupun tika itu si cantik belum pun memulakan bicara, kita seolah-olah telah membuat rumusan awal terhadap mereka contohnya "Cantiknya dia ni, look smart!" tetapi adalah amat mengecewakan bila sudah memulakan perbualan tidak sampai 5 minit kita merasa bosan, apa tidaknya lain yang ditanyakan lain yang dijawab, topik kamu dibiarkan dengan tanda soal seolah-olah kauorang ni seorang guru yang sedang mengajar muridnya. Kauorang  merasa rimas perbualan kauorang tak related langsung! Malanglah bagi si cantik kalau dia seorang BIMBO! ditambah pula dengan attitude mereka yang agak biadap dan tidak bersopan. Maaf kalau aku katakan Malaysia mempunyai ramai artis sebegini tanyakan sahaja kepada mereka yang bekerja dalam industri hiburan sudah pasti mereka tahu siapa artis-artis itu.

Siapa tidak mahu menjadi bijak? bagi aku seseorang yang pandai di dalam pelajaran yang mendapat straight A atau CGPA 4.00 tidak boleh dikatakan bijak ini kerana bukan semua diantara mereka yang mempunyai general knowledge yang meluas, kebanyakan mereka adalah menghafal! Kebijaksanaan seseorang dapat dilihat dari cara mereka melontarkan pandangan dan memberi reaksi positif di atas setiap topik yang diutarakan terutamanya topik panas masa kini. Ah! kita terpaku pula dengan setiap idea yang diberikan, jujur aku mudah jatuh suka terhadap orang yang sebegini kerana aku mendapat banyak info daripadanya.

Tetapi guys taklah semua si cantik itu bimbo dan si bijak itu kurang menarik, ada juga yang mempunyai pakej yang lengkap! Beruntunglah bagi mereka yang mempunyai kedua-duanya! Lihat Lisa Surihani dan Neelofa mereka mempunyai kedua-duanya, sudahlah cantik, bijak lagi!

Nasihat aku pada si bimbo, dear, bawak-bawaklah rajin membaca dan mengikuti perkembangan semasa, tak rugi pun atleast berguna untuk kau masa akan datang. Si bijak jangan terus dengan imej nerd kau tu bawak-bawaklah berfashion dan bersolek sikit tapi jangan la sampai over! sakit pulak mata memandang pokok krismas berjalan di tengah orang ramai! Tak salah cantik untuk keyakinan diri sendiri kan.

Ini hanyalah pandangan aku, nak-nak aku melihat dari sudut industri hiburan kita, artis muncul macam cendawan tumbuh tapi tak semua berkualiti, ada tu cuma nak memeriahkan je, akhirnya timbul macam-macam gosip liar, gaduh di kelab malam, hentam menghentam sesama sendiri melalui laman sosial, setiap patah perkataan kauorang tu cukup menggambarkan tahap IQ dan tingkah laku kauorang. Sorry, Malaysian got a lot of choices, jangan pulak nanti melenting orang kita lagi pandang artis luar!

XOXO! Till fingers meet keyboard again!

Friday, April 27, 2012

1st entry for my new blog!


Hi guyz! it's me huda! ni blog baru aku. Rasanya dah 6 bulan aku tutup blog lama. Ok mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku tutup blog lama? Aku ambik keputusan nak tutup, sebab bila baca je entry lama-lama aku mula sedih dan nak gelak pun ada! blog tu since 2009 tapi jarang sangat update. Cuma masa pertengahan tahun 2010 aku agak active update entry. Daripada aku dok meroyan terkenang-kenang baca entry lama adalah baiknya aku tutup saja beliau. Ada seseorang pernah cakap dengan aku,


"if you want to move on, leave your energy sucker!" (credit to Kak Azlina Affendi). 

Energy sucker di sini adalah anasir-anasir jahat yang mengangu kehidupan seharian kauorang, contoh :

Pertama, kawan yang suka tikam belakang dan selalu buat kauorang rasa sakit hati daripada terus memendam rasa makan hati adalah baiknya kauorang tinggalkan saja orang macam tu, bukan maksud aku kauorang kena kumpul musuh, tak semua kita ni dilahirkan sebagai pelakon, ada yang jiwa kering buat je muka bodoh macam tak ada apa-apa yang berlaku tapi kalau hati rapuh, jenis payah lupa kan dah susah tu.

Kedua, persekitaran yang buat kauorang terus terkenang kenangan lama, migrate! leave this country! sometimes kita dapat view yang berbeza di tempat orang dan membuatkan kita lebih berdikari, tapi kalau duit kauorang ala-ala cukup-cukup makan dan kauorang tak boleh berjauhan dengan family, ada baiknya kauorang pindah rumah atau duduk negeri lain dalam Malaysia ni, tu pun dah ok.

Ketiga ni more to kisah cinta, if kauorang putus cinta dan susah melupakan si dia, delete la number si dia takpun kalau jenis hafal setkan dalam telefon nama si dia nama yang pelik dan number kawan rapat kauorang pulak, kauorang letak la nama si dia so bila kauorang leka cari nama si dia end up kauorang bergayut ngan kawan baik kauorang! Barang-barang pemberian si dia atau kenangan kamu berdua, kalau boleh buang atau pulangkan, bila kauorang terpandang barang-barang akan menambah parah dihati kauorang! Kalau sayang letak dalam satu kotak, sealed, bungkus dan letak dalam store!

Keempat, kauorang kena sibukkan diri dengan pelbagai activity yang buat kauorang leka, kalau student kauorang sibukkan la diri dengan activity di campus dan jangan lupa buat assignment dan project kauorang sehabis baik! kalau kauorang dah bekerja, ada baiknya kauorang buat OT dan kerja part time, selain menambah pendapatan dapat juga kauorang gunakan duit tersebut untuk pergi bercuti!

Sebenarnya itulah cara yang aku gunakan untuk membawa diri keluar dari belenggu masalah dan titik hitam, bukan lari tapi lebih kepada untuk mendapatkan sinar baru dalam hidup. Aku bukanlah tabah sangat orangnya tapi aku tak suka terlalu memikirkan sesuatu perkara hingga buat aku serabut tak boleh buat kerja apa pun! Masalah bukan penyebab kita kena abaikan pelajaran dan kerja, kuatkan diri dan bangkit melawan rasa hati, kita yang berhak tentukan hidup kita bukan orang lain.

XOXO! Till fingers meet keyboard again!