Friday, April 27, 2012

1st entry for my new blog!


Hi guyz! it's me huda! ni blog baru aku. Rasanya dah 6 bulan aku tutup blog lama. Ok mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku tutup blog lama? Aku ambik keputusan nak tutup, sebab bila baca je entry lama-lama aku mula sedih dan nak gelak pun ada! blog tu since 2009 tapi jarang sangat update. Cuma masa pertengahan tahun 2010 aku agak active update entry. Daripada aku dok meroyan terkenang-kenang baca entry lama adalah baiknya aku tutup saja beliau. Ada seseorang pernah cakap dengan aku,


"if you want to move on, leave your energy sucker!" (credit to Kak Azlina Affendi). 

Energy sucker di sini adalah anasir-anasir jahat yang mengangu kehidupan seharian kauorang, contoh :

Pertama, kawan yang suka tikam belakang dan selalu buat kauorang rasa sakit hati daripada terus memendam rasa makan hati adalah baiknya kauorang tinggalkan saja orang macam tu, bukan maksud aku kauorang kena kumpul musuh, tak semua kita ni dilahirkan sebagai pelakon, ada yang jiwa kering buat je muka bodoh macam tak ada apa-apa yang berlaku tapi kalau hati rapuh, jenis payah lupa kan dah susah tu.

Kedua, persekitaran yang buat kauorang terus terkenang kenangan lama, migrate! leave this country! sometimes kita dapat view yang berbeza di tempat orang dan membuatkan kita lebih berdikari, tapi kalau duit kauorang ala-ala cukup-cukup makan dan kauorang tak boleh berjauhan dengan family, ada baiknya kauorang pindah rumah atau duduk negeri lain dalam Malaysia ni, tu pun dah ok.

Ketiga ni more to kisah cinta, if kauorang putus cinta dan susah melupakan si dia, delete la number si dia takpun kalau jenis hafal setkan dalam telefon nama si dia nama yang pelik dan number kawan rapat kauorang pulak, kauorang letak la nama si dia so bila kauorang leka cari nama si dia end up kauorang bergayut ngan kawan baik kauorang! Barang-barang pemberian si dia atau kenangan kamu berdua, kalau boleh buang atau pulangkan, bila kauorang terpandang barang-barang akan menambah parah dihati kauorang! Kalau sayang letak dalam satu kotak, sealed, bungkus dan letak dalam store!

Keempat, kauorang kena sibukkan diri dengan pelbagai activity yang buat kauorang leka, kalau student kauorang sibukkan la diri dengan activity di campus dan jangan lupa buat assignment dan project kauorang sehabis baik! kalau kauorang dah bekerja, ada baiknya kauorang buat OT dan kerja part time, selain menambah pendapatan dapat juga kauorang gunakan duit tersebut untuk pergi bercuti!

Sebenarnya itulah cara yang aku gunakan untuk membawa diri keluar dari belenggu masalah dan titik hitam, bukan lari tapi lebih kepada untuk mendapatkan sinar baru dalam hidup. Aku bukanlah tabah sangat orangnya tapi aku tak suka terlalu memikirkan sesuatu perkara hingga buat aku serabut tak boleh buat kerja apa pun! Masalah bukan penyebab kita kena abaikan pelajaran dan kerja, kuatkan diri dan bangkit melawan rasa hati, kita yang berhak tentukan hidup kita bukan orang lain.

XOXO! Till fingers meet keyboard again!

No comments:

Post a Comment