Wednesday, April 2, 2014

nota untuk diri

Kenapa bersedih sedangkan dia disana bahagia
Berbaloi? Mungkin terkejut sekelip mata berubah
Kena biasakan diri, tiada lagi sms, tiada lagi whatapps,
tiada lagi panggilan 10:00, 2.00 dan 7.30. ya tiada lagi
hilang sekelip mata, berubah 180 darjah
walaupun awalnya diminta sabar tapi jangan berharap LOL
jawab call, jangan hilang.  buat macam biasa tapi
JANGAN BERHARAP.
kata hati dah berkata, jangan hiraukan, lagi akan terluka.
ternyata benar. senyum senget. luka sebenarnya.
nama dah dijaja kesana kemari,
yang tak tahu jadi tahu. sana sini bertanya
tetaplah diri ini yang buruk, yang di sana diberi simpati
yang satu lagi berdiam diri. Allah.
airmata malu mahu mengalir. ternyata pedih.
berdiam diri. rosakkan diri. bukan cara kau lagi
buat diri berfikir sekali lagi berbaloikah
menangis untuk orang yang tak menjaga maruah kau satu masa dulu
tak sedar, dia tak serius.
berawal dengan buruk, kena sedar akhirnya buruk juga
buta mata kerana cinta bodoh. persetankan.
nampak elok menjaga 6 hati dari 1 hati.
betul tak pernah menafikan. harus pergi.
siapa yang mahu berada di 1 hati itu?
mahu faham? yang 1 tu tetap bersalah.
tetap buruk, tetap jalang. semuanya salah.
cari rezeki.balik.tidur.bangun.
berpusing itu juga setiap hari.
nampak kosong, takpelah dah jadi rutin.
hadamkan. sedar mata tetap basah bila celik mata.
setiap hari berharap ianya akan berakhir.
ingat tiada siapa akan faham.
sesulit mana keadaan, yang ada
cuma diri sendiri dan Tuhanmu. biarkan...
bumi berputar pusing-pusing itu juga.sabarlah.
tak pernah doa. kenyataan,pahit kena telan.
Astagfirullahalazim. jatuh lagi.

No comments:

Post a Comment