Homo sapien yang terlalu biasa,
Tak menarik untuk difahami,
Apatah lagi ditelaah dan dirujuk
Tak perlu diulang cetak...
Tengok kulit sahaja cukup menyampah
Biarkan kisah itu ditelan semalam
Bukan berlagak edisi spesial
Biarkan berlalu. reput
Manusia bicara semudah kata
Kenapa begini, bukan begitu
Jalan aku, cara aku
Salah betul, aku hadap aku lalu
Kanan jurang
Kiri sang naga
Berganjak kepada pilihan
Atau tegak berdiri. kaku.
No comments:
Post a Comment