Sunday, October 14, 2012

Common sense, self studied


Hello there pretty,

it's been a long time i'm not jotting down here, i'm not too busy but more to dizzy with my suckass life.
i try not to babbling for the current issues or bashing someone but more to motivational hewhewhew (motivasi lah sangat). Ok terus jump into the tajuk je lah, sebenarnya dah mula hilang idea nak mengarut apa due to cuaca yang macam dekat oversea ni sejuk+lemau+malas=mengantuk. Aku percaya setiap dari kalian ada mempunyai seorang kenalan (taknak panggil kawan sebab macam tak berapa sesuai) yang boleh kita panggil biadap and no common sense. Aku tak reti nak olah macam mana tapi aku cubalah ya bagi kauorang faham.

Contoh situasi 1

jojo : luculah ayah aku ni bela kucing tapi terlupa bagi makanan *gelak
biadap : apa ayah kau ni jojo kejam tak bagi kucing makan *nada serius
jojo : bukanlah dia tak bagi terus, dia cuma terlupa lagipun kucing tu bukan bodoh tak reti mengiau mintak makan.
(dalam hati jojo, apa bodoh kau betina kalau tak bagi makan dah lama dah kucing-kucing tu mampus!)

See kauorang mesti kata alah menda simple, but dari situ boleh nampak that biadap don't have any common sense.

Contoh situasi 2

Della pernah cerita ke biadap girl tentang pakciknya yang berpoligami

Della : comel je pakcik aku ni sampai tidur pon dengan hamster dia
Biadap : orang gatal macam pakcik kau tak sangka sukakan binatang.
Della : *terdiam*
(dalam hati della, apa binatang sangat kau ni dah jodoh dia, tak pernah aku cakap pakcik aku gatal!)

kauorang boleh nampak that Biadap terus jump into conclusion padahal dia cuma tahu sedikit perkara tapi buat rumusan seolah-olah dia part of family *facepalm*

Contoh situasi 3

biadap: makcik aku bila ada orang kat rumah tak pernah kesah pasal pakcik aku yang terlantar. bila dia tak faham apa pakcik aku cakap mulalah dia marah
syasya : hemmmm *tak balas apa-apa cuma mendengar*

tahu kenapa syasya tak balas apa-apa? sebab syasya sedar itu hal sensitif, hal family, jadi syasya tak layak nak judge apa-apa sebab syasya tak kenal betul-betul dia dan family dia jadi syasya taknak buat rumusan sendiri dan syasya rasa tak adil. syasya cuma boleh mendengar bukan mengkritik.

Cukuplah rasanya aku bagi tiga situasi, nak bagi contoh banyak-banyak kang takut terkena batang hidung orang, manalah tau rupanya situasi yang aku buat tadi betul-betul terjadi, aku tekankan lagi sekali situasi di atas cuma CONTOH! (kalau terasa padan muka). Family tetap family macam mana busuk pun kau mesti sentap bila orang kutuk family kau, "kalau taknak orang kutuk buat apa cerita" tetiba terdengar orang cakap macam tu, well being a human tak boleh nak simpan dalam hati banyak-banyak takut explode tak boleh nak tampung so they need a person untuk luahkan apa yang terbuku di hati, kadang-kadang diorang cuma bercerita! bukan nak mintak solusi kauorang pun, so kauorang gunalah otak janganlah bangang pergi join sekali. Belajarlah menjadi pendengar yang baik, nanti jangan kau marah bila orang kurang ajar dengan kau ye, jangan kau pelik kenapalah sipolan ni kau cakap baik-baik tapi dia biadap dengan kau. Cakap baik-baik tapi content ayat kau pedas, masalah orang jangan kau cuba nak sarkastik, silap haribulan jumpa manusia panas baran tahap kuasa 10 ada harapan kau dapat tapak kaki straight on your face!

"Muka yang cantik, tak semestinya mempunyai bahasa yang baik
Peribadi yang lemah lembut tak semestinya cantik di hati"

Samalah jugak muka licin tapi pungkoq and kaki berkerak kau nampak ke???

So, cliche...DON'T YOU EVER JUDGE THE BOOK BY IT'S COVER!

Ilmu common sense tu penting kau akan guna masa kau belajar, kerja, dah kahwin dan ada anak! Tak susah nak belajar cuba lihat orang sekeliling, yang baik kau jadikan contoh yang jahat kau jadikan sempadan. Frankly says la aku selalu jumpa perangai biadap ni pada manusia yang nampak lemah lembut tetapi bila berbicara MasyaAllah kurang ajar sungguh! Jaranglah aku jumpa perangai camni pada orang yang cakap kasar tapi sebenarnya dia adalah orang yang cukup menjaga hati.

Contoh la kan laki kau bebai mengadu hal family dia kat kau then kau pun join sekaki mengutuk, aku percaya lambat laun kau akan dapat penampar kat muka percayalah! buruk perangai kau tahu tak...

Topik yang aku utarakan ni simple je sebenarnya tapi kalau kauorang perasan inilah yang terjadi sehari-hari, kau orang pendam dalam hati, geleng kepala tengok kawan kauorang perangai macam tu tapi sampai bila mampu bersabar???

Kalau jadi kat aku 2 3 kali aku masih mampu tersenyum, tapi lepas tu kau agak-agak apa aku buat HAHAHAHA! aku dahlah bekas orang jahat ada potensi kau kena baling dengan iron hewhewhew AKU KATA KALAU!

"Eleh huda tu cakap macam dia bagus sangat, macam dia beradab sangat" oh well dear dah kata dunia blogging tak 100% betul kahkahkah! oh by the way AKU CUMA BIADAP DENGAN ORANG YANG BIADAP SAHAJA

Eh panjang pulak aku menceceh padahal assignment menimbun macam apa, tu pun ntah-ntah ada yang aku terlupa maklumlah dah tua, banyak makan semut bukan garam sebab tu pelupa.

Till fingers dance on the keyboard XOXO! (nada bisik gossip girl)

Bubbye pretty!

1 comment: